SOALAN LAZIM
Jawapan yang anda perlukan
CARA MEMBELI
Hubungi kami melalui Instagram
Kami akan meminta maklumat seperti nama, no. telefon, alamat rumah dan kod set gift box.
Pelanggan juga boleh menambah barang mengikut permintaan anda.
Selepas kami mengesahkan semua informasi yang telah diberi, pelanggan boleh membuat pembayaran melaui online transfer/bank in. Anda perlu memberikan bukti pembayaran yang telah dibuat.
Selepas pesanan anda dibungkus dan dihantar (berikan 1-3 hari untuk pesanan anda dipenuhi), nombor pesanan akan diberikan kepada anda (anggaran masa akan sampai dalam 2-5 hari, megikut keadaan semasa).
Selepas menerima produk kami jangan lupa bagi review di website dan sosial media kami.
BAGAIMANA JIKA BARANG SAYA ROSAK ATAUÂ TIDAK BETUL?
Jika anda telah menerima item yang rosak atau tidak betul dengan barang yang dibeli, sila mesej kami di Instagram dan sertakan:
Nombor pesanan anda.
Nama pada pesanan.
Gambar yang menunjukkan kualiti cetakan atau kawasan item yang rosak/barang lain yang diterima.
BOLEH BUAT REKAAN KHAS UNTUK HADIAH?
Item boleh ditambahkan pada mana-mana gift box kami.
Jika hendak membuat rekaaan khas, berikan senarai item yang perlu ada di dalam gift box. (Harga mengikut item yang dipilih).
Sila hubungi jika anda mempunyai sebarang soalan di instagram kami di @happy.hops_
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENUKAR ALAMAT PENGHANTARAN PESANAN SAYA?
Anda boleh menukar alamat penghantaran anda jika item anda belum dihantar. Jika anda ingin menukar alamat penghantaran anda, mesej di Instagram kami dan sertakan:
Nombor pesanan anda.
Nama pada pesanan.
Alamat penghantaran BARU anda.
APAKAH YANG BERLAKU JIKA BUNGKUSAN SAYA HILANG?
Dalam kes di mana bungkusan hilang/rosak/dipulangkan atas sebarang sebab selain daripada kesilapan pembuatan kami, maka pelanggan bertanggungjawab untuk memfailkan aduan kepada perkhidmatan kurier. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk membayar apa-apa yuran penghantaran tambahan untuk penghantaran yang tidak berjaya kerana alamat surat-menyurat yang salah atau kerana tiada di rumah.
ADA PENGHANTARAN KE SABAH DAN SARAWAK?
Jangan risau kami juga memberi penghantaran ke Sabah dan Sarawak tetapi kami tidak menjual dan memberi penghantaran ke antarabangsa.
APAKAH JENIS PENGHANTARAN KURIER YANG DIGUNAKAN?
Untuk melancarkan lagi proses penghantaran, kami menggunakan kurier J&T.